Sebab ketika melepaskan Allah akan memberikan yang terbaik~


Pengalaman mematangkan kita. Semakin banyak benda yang kita tempuhi dalam kehidupan, semakin ia mematangkan kita.. Begitu juga dgn cinta.. yes, kadang2 cinta ni buat kita jadi buta. semua kita nampak yang baik2 je. semua yang kita ingat saat2 manis ketika bersama.. semua yang kita tak mampu nak hilangkan dari ingatan gurau senda, senyum tawa dan sebagainya tapi kita lupa, perkara pertama yang perlu diutamakan dalam cinta ialah hati dan iman. klau cinta cuma berpaksikan hati, kita akan jadi buta. buta dalam menilai.. pengalaman mengajar I jadi lebih dewasa.

siapa yang tak suka bila ade seorang yang amat mencintai dan mengambil berat psal kita. seorang yang pandai mengambil hati.. seorang yang selalu buat kita gembira.. Yes!! I rase sgt bahagia dengan dia. dialah segalanya. kami ni selalu gurau2 macam budak2, main kejar2, main balas2.. memang hepi sangat. tp sayang, ku sangka panas sampai ke pagi, rupanya hujan ditengahhari. Lepas satu persatu masalah datang. But I still stick on him. Macam2 jadik pun I still lagi sabar, I still lg setia ngan dia.. sampai satu saat yang I sedar I think I've to let him go. Memang pedih, memang sakit utk melepaskan orang yang sangat2 kita cinta dan sayang. tapi I yakin Allah have better plan for me. I plan, he plan but Allah dah tunjukkan satu per satu apa patut I lakukan. bukan mudah but I MUST!

I dah belajar banyak benda from there. I've learn, "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik".  I tak cakap I baik, tapi sebenarnye selama ni I buta.. I buta dalam menilai lelaki. Buta kerana cinta.. Now what I can say is, I know that I deserve a better Man... berkali2 ganda lebih baik dari "dia". sebab:

"Jangan dilayan lelaki yang meminta2, takde kredit minta, takde duit minta, takde kasih sayang minta. Itu bukan lelaki. Itu si celaka. Lelaki yang memujuk rayu meminta si perempuan menggadai maruah itu ialah si bacul. Tak boleh dibuat kawan, apatah lagi suami. Jika pasangan yang perempuan ada sekarang ini seperti tu, minta ditinggalkan, kerana itu bukan kasih sayang, itu hanyalah sandiwara si lelaki, hanyalah permainan syaitan. Lelaki itu bangang, tetapi perempuan lagi bangang kerana percaya dengan si bacul. Cinta yang benar-benar suci ialah apabila si lelaki sedaya upaya memelihara si perempuan daripada melakukan kesalahan. Jika salah, ditegurnya. Jika betul, disokongnya. Tiada istilah kiss, hug, 'benda', dalam percintaan. Ingatlah, azab akhirat yang menanti. Kejarlah cinta yang halal. Elakkan cinta buta, yang boleh membutakan hati, menggelapkan jiwa."

So now, I got the answer.. 


Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
 Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”
Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!




Comments

Popular posts from this blog

pUtErA kAtAk

lecturer issues~