Sayanglah jika Islam hanya pada nama

Assalamualaikum..

Macam mana ibadah puasa korang semua tahun ni?? Hmm… tahun ni ramai kekawan yang update status mereka.. 'alhamdulillah, berpuasa sebagai isteri tahun ni'.. seronok tengok kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga.. tahniah korang.. rasa sebak plak sebab terasa diri dah tua.. huhuhu..

Well, kenapa susah sangat orang nak faham islam.. maybe sebab kita tak pernah tunjuk Islam sebenar tu macam mana.. yang kita tahu saban hari kita terlalu ke arah kebaratan.. mengikut-ngikut cara budaya orang bukan Islam..

Sempena bulan ramadhan ni ada pula orang bangsa india tanya pasal kenapa ada orang islam yang lupa agama diorang.. masa permulaan puasa I sendri rasa malu bila tengok kaum sebangsa dan seagama I tak puasa dan dengan megahnya makan di depan orang sekeliling. Honestly I memang rasa malu dengan kaum sendiri. orang Islam sendiri tak tahu Islam macam mana. I know I bukanla baik sangat but in that case I betul-betul rasa terkilan dengan sikap orang islam yang islamnya hanya pada nama. Dan mungkin orang macam tu boleh dilabel orang yang tak ada agama kot. Dah la tak puasa, before this pun tak pernah solat and sembahyang jumaat tak pernah pergi.. macam mana I tau? Dah every Friday waktu semua orang pergi mosque tapi dia dok ade je kt office. Memang la I tau dan dia tak sikit pun rasa malu makan depan I masa bulan puasa ni. Mungkin sebab dia tak nak jadi hipokrit. Tapi kalau tak nak jadi hipokrit sekalipun, dia kena la hormat orang sekeliling. Dia ingat orang sekeliling ni semua sama macam dia ke? Tak puasa.. bila tengok orang islam I sendiri macam ni, rasa sedih sangat. Malu dengan bangsa lain. Banyak sangat benda yang bermain di fikiran I.. macam……… dorg yang tak puasa, tak solat ni semua memang dari kecik ke tak buat semua tu? Mak ayah tak ajar? I pun bukanla baik sangat.. start puasa penuh pun bila. Solat pun.. tp at least I know that I’m Muslim. As Muslim, kita mesti la ade pegangan hidup kan. hidup cara islam. bukan susah sangat pun nak ikut rukun islam. well, cakap memang senang kan.. but kita ni sebenarnye sedang belajar.. tak ada pun orang yang sempurna. semua orang sedang belajar. tak ada orang pun boleh cakap yang solat dia sempurna, imandia tinggi and so on sebab nobody's perfect right?

Pahala tu memang mudah dapat.. bergitu juga dengan dosa.. kadang-kadang kita tak perasan benda sekecil zarah tu dipanggil dosa.. seperti kita sebut 'artis tu hodoh, tapi dapat kahwin dengan laki ensem, tak aci' kadang-kadang kita sendiri tak sedar apa yang kita lafazkan.. di situ pun kita dah menghina ciptaan Allah swt.. ish ish ish.. apa nak jadilah pada kita semua ni.. so sama-sama lah muhasabah diri. :)

Comments

Popular posts from this blog

Sebab ketika melepaskan Allah akan memberikan yang terbaik~

pUtErA kAtAk

spEcky gUy...?