preview drama :)
Cinta Jannah ni cerita setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang.. cerita ni berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah yang melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Malang menimpa Jannah apabila dia pengsan akibat terhentak kepalanya kerana diragut . Izaryl, yang berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia, pilihan ibunya membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan dan mereka terpaksa berkahwin.
From last episod yang I tengok semalam.. Izaryl dengan Jannah dah berbaik-baik..
Romantik nye Jannah dgn Izaryl.. bestnye klau dapat husband cmni knnn...... ;)
lagi satu drama yang buat I tak berganjak duduk depan tv is Asmara Luna.. Guess what.. my favourite actor ade .. Aidil dengan Syuk.. Dua-dua skali.. Aeril dalam Cinta Jannah tu pun I minat.. . dari dia berlakon drama Kisah Kaisara lagi kot.. hee~
Kisah bermula ketika sambutan ulangtahun hari jadi ke-21
seorang gadis bernama Luna (Siti Saleha), anak tunggal pasangan Ahmad dan
Zaharah. Ibu dan bapa Luna sepakat menghadiahkan sebuah kereta buat anak gadis
mereka. Luna sangat teruja dan berterima kasih kerana akhirnya memiliki kereta
sendiri yang juga menjadi simbol dewasa dan kebebasan.
Hari jadi Luna menjadi lebih bermakna apabila rakan baiknya,
Emma (Miera Liyana) membelikan kek yang istimewa. Malah, abang Emma iaitu Habib
(Shukri Yahaya) turut mengirimkan hadiah teddy bear (sama seperti saban tahun).
Luna menyimpan perasaan terhadap Habib tetapi Habib lebih senang memanggil Luna
sebagai adik, maka Luna hanya meluahkan isi hatinya di dalam diari “Dear Luna”.
Semasa majlis yang ringkas itu, Luna juga menyatakan harapan yang dia
sebenarnya teringin hendak bertemu dengan ibu kandungnya walau untuk sedetik.
Sejak mempunyai kereta, kini lebih mudah untuk Luna bergerak
ke mana-mana termasuklah untuk mencari kerja. Selepas beberapa sesi temu ramah,
Luna akhirnya berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat kejuruteraan sebagai
eksekutif. Kehadiran Luna menarik perhatian beberapa orang pekerja di sana
termasuklah Adam (Aidil Aziz) dan rakan-rakannya. Mereka siap bertaruh siapa
yang akan berjaya untuk mengajak Luna keluar. Adam rasa tercabar apabila Luna
menolak pelawaannya. Adam berjanji akan berusaha sehingga dapat apa yang dia
inginkan.
Setelah mencuba pelbagai cara, akhirnya Luna bersetuju untuk
keluar bersama Adam. Tambahan pula, Luna merasakan Habib masih bersikap sama.
Walaupun Habib tidak pernah menyatakan cinta terhadap Luna namun lelaki itu
sememangnya juga menaruh harapan terhadap Luna. Habib berasa kecewa bila
mendapat tahu gadis idamannya itu rupanya sudah meminati orang lain. Pada waktu
yang sama, Luna benar-benar menyenangi karakter Adam yang suka berjenaka dan
sentiasa tahu membuat Luna tergelak.
Namun, hubungan mesra ini tidak berpanjangan apabila Luna
berjumpa dengan kakak Adam. Kakak Adam sebenarnya ibu kandung Luna dan Adam
adalah pakcik Luna.. Lepas tu Luna couple dengan Habib. Sweet sangat tengok Luna dengan Habib..
cute kot Habib ni... hehe.. first drama dia blakon cite Juvana. tp time tu I tak minat sangat.. I start suka dia time tengok telemovie Alamak 7 Hari Lagi... dalam cerita ni, dia bukan pegang watak utama sebab watak utama dia Kamal Adli.. hee~ tapi sweet tengok dia blakon dalam cite tuuuuu.... macam dalam Asmara Luna ni jugak.. romantik... pemalu, softspoken... gentlemannnn..... ;)
From last episode yang I tengok, Adam dah tahu Luna anak
kakak dia and dia nak jumpa Luna. Tapi hubunga Luna dengajn Habib dingin sebab
Adam suruh Habib pujuk Luna jumpa Adam..
Tadi tiba-tiba jumpa plak gambar ni…..
Macam mana pulak Luna boleh kawen dengan Adam knnnnnn? Sooooo.... jgn terkejut klu director pusing citer yg adam tu bkn anak
kandung Datuk Nur Aini...sekaligus bkn adik kandung Fara...nk pusing lg. Luna
terpaksa terima Adam sbb Adam lg ikhlas dr Habib..hehe..cerita melayu bkn blh
percaya.. huhuhu... tp kesian la kat Habib klau Luna pilih Adam.... :(
Comments
Post a Comment