PRAY FOR MH370
Masih dalam mood berdebar2. Even tak der ahli keluarga yang terlibat.. Rasa sedih dan berdebar2. Apatah lagi ahli keluarga yang terlibat dengan kejadian ni. Tak dapat di gambarkan perasaan mereka...melebihi perasaannya dari apa yg kita rasa skang ni. Lebih² lagi bila tengok tangisan dari ahli keluarga mangsa² yang terlibat. Rasa nak nangis sama
Tumpuan dunia pon kini tertumpu pada kehilangan pesawat MH370. Macam2 spekulasi. Sampai tak tau mana yg betul. Katanya dah terjumpa kesan tumpahan minyak. Tak tau sejauh mana kesahihannya. Ada yg kata mungkin di hijack. Tapi tak der signal yg dihantar. Sama2 lah kita berdoa smoga ada keajaiban yg berlaku dan semoga usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan olehNYA.
Semoga Allah sentiasa memelihara mereka & diharapkan agar semua yang
diuji ini akan terus tabah kerana ramai yang turut merasai kepedihan
semua ahli keluarga MH370. Moga ada petunjuk dari Yang Maha Esa.
Comments
Post a Comment