Texting 24/7




Pernah tak korang text atau whatsapp seseorang siang dan malam tanpa rasa jemu? Memang sesetengah orang akan rasa cepat bosan. Siang malam 24/7 text orang yang sama. Dalam tandas text, masuk dapur text, tengok TV pun text. Kat office reply text, tengah memandu reply text, sambil jalan pun reply text jugak. Parah sungguh kan. Sebelum tidur dan bangun tidur lagi la kan.

Mungkin orang yang tak pernah mengalaminya akan rasa perbuatan tu bodoh. Kalau ikut logik memang la.. Entah apa yang berbalas-balas text setiap hari? Balik-balik ulang soalan yang sama. Nak tak nak persoalan makan, mandi, solat dan aktiviti seharian tu akan dimainkan setiap hari. Apa boleh buat? Tak text, rindu. Bila text, soalan yang sama jugak diulang. Kecuali ada topik yang dapat dibualkan.

Tapi memang ada orang yang TEXT 24 jam siang dan malam. I dan dia adalah orang yang terdiri daripada golongan itu. Haha. I admit, kadang-kadang memang akan hilang ilham bila kita fikir apa nak tanya lagi. Tapi, sedar tak sedar, masa akan berlalu begitu pantas masa tengah text dan akhirnya hari demi hari dilalui. Pejam celik, pejam celik. Bertahun-tahun text siang dan malam. Ada jugak orang cakap, kalau bercinta bagai nak rak sekalipun, kalau tak ada jodoh tu tak ada jugak lar.

For me, tak ada yang mustahil kalau kita PERCAYA. Mimpi adalah kunci untuk menakluk dunia. I text orang yang sama siang dan malam, tapi I tak rasa bosan. Sebabnya, I sayang orang tu sangat-sangat. Kalau korang sayang seseorang, korang takkan bosan bila text dia walaupun 24/7. Sebabnya, perasaan sayang yang mengisi hati tu mekar mewangi bila dia menemani. :P


Comments

Popular posts from this blog

Sebab ketika melepaskan Allah akan memberikan yang terbaik~

pUtErA kAtAk

lecturer issues~