Try.. You can do it!
Terkadang, Tuhan menguji kita melalui orang-orang yang kita sayang.
Kiri & kanan. Melalui mereka. Kita belajar sabar.
Dengannya kita faham akan erti kasih & sayang.
Kita belajar berjuang. Kekal bertahan.
Saat anda kehilangan adalah saat anda akan memperoleh sesuatu yang lebih berharga...
sekuat mana pun ujian dan halangan, jika benar dia ditakdirkan untuk kita.. akan bersatu jua!
InsyaAllah. Allah Maha mengetahui segala sesuatu yang terjadi. Baik buruk sesuatu adalah ketentuannya.. tiada apapun yang berlaku tanpa sebab.. jika benar dia tercipta untuk kita, xkiralah berapa banyak halangan sekalipun, pasti akan bersatu kembali.
Percaya.. Yes.. Percaya. Janji Allah itu pasti.
Bagaimana pula saya nak lupakan dia?
Tipu jika saya katakan ia sesuatu perkara yang mudah. Saya tak mungkin dapat lupakan dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika ini.
Jadi saya hanya pertu tukar ‘mindset.’ Bagaimana?
Saya selalu berfikir, banyak mana pun kelebihan dia, dia tetap makhluk. Dia hamba Allah. Yang baik itu semua datang daripada Allah. Dan InsyaAllah sifat baik itu juga ada pada ramai orang lain di luar sana. Dan yang lebih pasti, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w itu pasti lebih sempurna. Kasih sayang baginda pada umatnya lebih telus, lebih wajar untuk dikenang. Bagindalah insan yang paling layak untuk dikasihi. Juga saya ada ibu bapa yang begitu menyayangi saya. Yang telah banyak berkorban untuk saya selama ini. Takkan hanya kerana seorang lelaki membuatkan saya lupa tentang semua ini?
(Source: Aku Islam)
Comments
Post a Comment