rEnUngAn-

CINTA, selalu menyapa hati-hati kita.. Tak kiramuda atau tua, CINTA tetap datang tak kira siapa.. CINTA banyak jenisnya, banyak ragamnya, dan banyak juga AKIBATnya.. Bila bercakap soal cinta, ada yang menggeleng, muak. "Asyik, asyik tentang cinta, tak ada topik lain ke?" Ada yang seronok, nak tahu. "Cinta, bestnya..!", Terutama yang baru berjinak-jinak nak mengenal apa itu cinta. Ada yang hanya tersenyum, kerana teringat akan kenangan manis tentang cinta. Ada juga yang terasa hiba, mengenang cinta yang membawa kedukaan. Bergantung kepada apa yang anda tafsirkan tentang cinta, namun akuilah ia pernah menyapa jiwa lembut kita. Lantas, jangan dipersalah mereka yang JATUH CINTA, kerana kita juga pernah suatu ketika merasa adanya bunga-bunga cinta..

Ini kisah tentang dia, yang sedang tercari-cari erti cinta. Seakan hatinya berbisik,inikah CINTA? Dia keliru, lalu diperlukan sesuatu yang mampu menenangkan hatinya yang rawan, lalu hanya satu yang bisa memberi ketenangan, saat dibacakan ayat Al-Quran.

Ini juga kisah tentang dia, yang percaya adanya CINTA, yang mendengar, memerhati danmensyukuridalam hatinya ada cinta.

Dia lah adik kesayangannya, walaupun tak pernah bersua mata, hanya kasih sayang melalui dunia maya, datang saat adiknya keliru dengan CINTA..dia sambut pertanyaan itu, bukan keranadia tahu segalanya, namundia percaya ada sebabnya Allah memilihnya, untuk mendengar suara hati adiknya, kerana Allah sayangkan dia dan sayangkan adiknya, dan Dia bermaksud memberi sesuatu kepadamereka berdua, dan dia terima dengan hati penuh gembira, dan apa saja yang terbaik,dia tanpa ragu mengatakan, semua dariNya, sedang yang tidak baik itu, adalah khilafnya..

Dia: Kak, maaf kalau saya menganggu masa kakak..sangat-sangat berminat dgn link-link kak sebelum ni...cuma kalau boleh saya nak minta penjelasan dan nasihat kak berkenaan isu cinta dalam Islam...saya nak tahu dengan lebih jelas tentang erti cinta terhadap kekasih dalam Islam...

adakah berdosa hati kita terdetik untuk jatuh cinta..

dan adakah itu bermaksud kita tidak boleh mencintai seseorang selagi belum bernikah dengannya walaupun hakikatnya kita tidak bercinta dgn dia...

dan jika kita berdosa untuk mencintai seseorang walaupun tanpa pengetahuannya, bagaimana caranyauntuk membuang perasaan itu..

dan akhir sekali adakah salah sekiranya kita berdoa agar Allah jodohkan kita dengan seseorang yang kita cinta ....

maaf sekali lagi mengganggu kakak..salam sayang..:)

Begitu, luahan hatinya..

Lalu dengan kalimah Bismillah, bait-bait kata dicoretkan..

Salam, adik sayang.. alhamdulillah.. inilah muslimah kesayangan Allah, yang nak sentiasa tahu apa yang Allah suka, apa yang Allah murka, alhamdulillah.. semoga Allah lindungi adik..

Untuk bercakap soal cinta, akak pun bukan la pakarnya, akak pun macam adik,tak pernah bercinta dan meluahkan kata cinta atau sayang kepada mana-mana lelaki yang bukan mahram.

Tapi akak mohon izin, mohon keampunan dari Allah, untuk akak bersuara. Yang baik itu milikNya semata, sedangkan yang khilaf itu, akak bertanggungjawab sepenuhnya.

Tidak salah dik untuk jatuh cinta.. wanita terpandang lelaki yang dia suka, lantas hati mula rasa berkenan, dalam angan terbayang-bayang, dialah putera idaman, bahagianya kalau dia jadi teman, namun tak pernah perkataan sayang itu diucapkan, hanya berlegar dalam hati dan fikiran.. tak salah dik, malah kita tidak mampu menghalang hati kita dari terjatuh cinta, tidak juga dapat dipaksa untuk rasa suka. Kalau adik pernah jatuh cinta dan suka pada lelaki, itu tandanya adik normal, kalau dengan perempuan lain pulak ceritanya kan.! Tapi yang seterusnya selepas JATUH CINTA itu perlu diperhati, kadangkala boleh mengundang murka Ilahi.

Kalau tak salah, bolehkah bercinta?

Islam tidak melarang atau mengekang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta agar berjalan di atas rel yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita maupun laki-laki. Kalau kita jatuh cinta harus hati-hati kerana ia seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Apa yang dibimbangi adalah nafsu jahat yang mengaburi pandangan, lalu menjelma atas nama cinta dan kasih sayang. Lantas, tertipulah anak adam, kerana tipu daya nafsu yang dibisikkan syaitan.

Bolehkah adik pastikan, cinta adik takkan pernah menjadi cinta nafsu yang di dorong syaitan?

Kerana itulah Allah berpesan, "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Q. S. Al Isra' : 32).

Allah tidak mengatakan jangan berzina, sebaliknya Allah menyuruh kita jangan hampir kepadanya. Dan yakinkah adik, cinta adik tidak mebawa kepada kemaksiatan?

Lalu ingatlah pesan Rasul, "Janganlah seorang laki-laki dan wanita berkhalwat (berduaan di tempat sepi), sebab syaitan menemaninya, janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan wanita, kecuali disertai dengan mahramnya." (HR. Imam Bukhari Muslim).

Mampukah adik memberi keyakinan, saat ada adik dengan dia, tiada syaitan bersama?

Habis bagaimana?

Kalau hati dah berkenan, waktu tu adik dah bersedia untuk berumah tangga, jadi bagitaulah ibu bapa, tak salah wanita suarakan 'lamaran', walaupun masyarakat berpandangan bertentangan, tak betul pada adat tak semestinya salah pada agama..

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :

“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..” (Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)

Tapi kalau adik belum bersedia untuk berumah tangga, adik tanamlah keyakinan kepada Allah, sebab sebenarnya nama adik dah tercatat untuk seseorang bernama lelaki di luh mahfuz sana. Jadi jangan gusar dan yakinlah, kalau dia jodoh adik, walau kemana dia pergi, jauh mana dia berlari pun daripada adik, sampai masa yang dah ditetapkan oleh Allah, dia akan kembali, berada di depan adik untuk diijab kabul.. tapi bagaimana kalau kita meluahkan cinta, tapi sebenarnya dia bukan jodoh kita, rugikan..? Dan kiranya cinta itu tidak ditakdirkan untuk insan bernama lelaki di dunia ini, maka ganjaran untuk adik sedang menunggu di akhirat sana.

Jadi bila adik jatuh cinta pada dia, serahkan dia kepada jagaan Allah, kalau dia yang terbaik untuk adik, minta Allah dekatkan bila saat ijab kabul itu tiba, minta Allah permudahkan bila tiba masanya yang sesuai, dan minta Allah jauhkan kalian dari maksiat. Tapi kalau dia bukan untuk adik, minta Allah jauhkan dia dari dalam hati adik, doa dan doa pada pemilik cinta teragung..

Pernah dalam satu hadis akak baca, kalau kita cinta seseorang, tapi kita tahan,tak luahkan sebab takut terjatuh dalam kemaksiatan, dan kalau tiba-tiba kita ditakdirkan meninggal dunia ketika sedang jihad mengepung perasaan tu, Allah kurniakan gelaran SYAHID kepada kita.. (*)

Bagaimana nak buang perasaan cintaitu?

Perasaan cinta tak perlu dibuang, tapi simpanlah untuk dia yang sah, yang Allah telah tetapkan untuk adik. Janganlah mudah menyerah sebelum Allah yakinkan dengan akad nikah.

Bolehkah doa dijodohkan dengannya?

Kita tak tahu adakah dia jodoh kita yang benar sesuai untuk kita, hanya Allah yang tahu, jadi seeloknya doakan Allah kurniakan yang terbaik, jodoh pilihan Allah, bukan pilihan kita, kalau ditakdirkan dialah orangnya, maka kita terima, tetapi kalau bukan, juga kita redha..

Ingat Allah beritahu kita, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah: 216)

Adik sayang, akak selalu tanam dalam hati, tak nak bercinta dengan sesiapa yang bukan mahram sebelum nikah, sebab akak nak simpan 100% cinta akak untuk dia yang sah.. akak nak cakap pada dia nanti, 'sayatak pernah memberi cinta saya kepada kawan lelaki, boyfriend atau tunang, cinta saya untuk awak seorang, suami saya yang sah, yang Allah pilihkan untuk saya, awak dpt 100% cinta saya, tak kurang..!..

Akak harap sedikit sebanyak ini dapat membantu adik, akak akui akak bukan pakar, namun satu yang akak yakin, dalam usaha nak bertemu jodoh yg sempurna untuk kita, kita kena berusaha, tapi bercinta bukan caranya, ambil jalan untuk dekatkan diri dengan tuhan, persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, yang akan kita guna bila tiba masanya nanti, tak lupa doa dan doa selalu, insyaAllah Dia maha mendengar, maha tahu..

Akak juga masih dalam perjuangan ini, akak doa selalu semoga Allah berikan kekuatan, menjaga cinta ini sebagai amanah, serta melindunginya dengan istiqamah, hingga akhirnya tiba ketentuan dari Allah. Adikku mari sama-sama kita, ingat mengingatkan, doa mendoakan, agar kita terus tabah dan yakin dengan ketentuanNya..

Salam sayang dik, semoga redha Allah mengiringimu selalu..

Jari-jemarinya menoktahkan kata.

Lalu hatinya berbisik tenang, "Kalau ada yang mahu berkata, "Dia bolehlah cakap, sebab dia tak pernah rasa JATUH CINTA.", Tidak,dia akan menafikannya, kerana hatinya juga pernah membisikkan cinta, tetapidia tidak berani untuk MENGHULUR, apatah lagi MENYAMBUT huluran cinta sebelum masanya. Bukan kerana tidak berani menempuh realiti kehidupan, tetapi tak berani untuk menerima kekecewaan, dan tidak sanggup berpura-pura bahagia dalam kemurkaan Tuhan, sedang Allah menjanjikan jalan yang lebih membahagiakan, iaitu pernikahan"

Sumber: in relationship with (faceboOk)


Comments

Popular posts from this blog

Sebab ketika melepaskan Allah akan memberikan yang terbaik~

pUtErA kAtAk

lecturer issues~